Soalan Lazim (FAQ)
1. Apakah jenis perniagaan anda?
Kami menjual pelbagai jenis buah-buahan segar secara runcit dan borong kepada pelanggan individu, peniaga serta untuk kegunaan majlis atau event.
2. Bolehkah saya membeli buah secara runcit?
Ya. Pelanggan boleh membeli buah-buahan secara runcit terus di kedai kami.
3. Adakah anda menyediakan pembelian secara borong?
Ya. Kami juga menerima tempahan borong untuk peniaga, majlis, event dan kegunaan perniagaan.
4. Bagaimana cara penghantaran dibuat?
Penghantaran buah dilakukan menggunakan lori atau pickup bagi memastikan buah sampai dalam keadaan segar dan selamat.
5. Adakah saya boleh mengambil sendiri buah di kedai?
Ya. Pelanggan boleh membuat pesanan dan mengambil buah secara pickup di kedai kami.
6. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
Kami menerima pembayaran melalui ToyyibPay (e-banking) dan Atome PayLater.
7. Adakah pembayaran secara online selamat?
Ya. Semua pembayaran diproses melalui payment gateway yang selamat bagi melindungi maklumat pelanggan.
8. Adakah saya boleh membayar secara tunai di kedai?
Ya. Bagi pembelian secara runcit di kedai, pelanggan boleh membuat pembayaran secara tunai.
9. Adakah buah-buahan yang dijual segar?
Ya. Semua buah-buahan kami dipilih dan diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan kualiti dan kesegaran sebelum dijual kepada pelanggan.
10. Adakah anda menerima refund atau pemulangan?
Maaf, kami tidak menerima refund atau pemulangan kerana semua buah telah diperiksa kualitinya sebelum dijual.
11. Kenapa tiada refund?
Buah-buahan adalah produk segar dan mudah rosak. Oleh itu, semua buah telah melalui proses pemeriksaan kualiti sebelum dijual bagi memastikan pelanggan menerima buah yang terbaik.
12. Bagaimana cara membuat tempahan?
Pelanggan boleh membuat tempahan melalui website atau dengan menghubungi kami melalui telefon atau WhatsApp.
13. Bolehkah saya bertanya stok buah yang ada?
Ya. Anda boleh menghubungi kami untuk mengetahui stok buah terkini dan harga semasa.
14. Adakah harga buah sentiasa sama?
Harga buah mungkin berubah bergantung kepada musim, bekalan dan harga pasaran semasa.
15. Siapa yang sesuai membeli secara borong?
Peniaga, restoran, katering, penganjur majlis atau sesiapa yang memerlukan kuantiti buah yang banyak boleh membuat pembelian secara borong.
